Tuesday, September 22, 2015

Dendam.

                 "Selamat pagi ! Nama saya Nur Adibah Amira bt. Aziz. Saya baru pindah daripada Kota Bharu, Kelantan disebabkan oleh ayah saya yang mendapat tawaran menjadi Naib Canselor di universiti yang mana saya tak berapa nak ingat." Adibah memulakan pengenalan di hadapan kelas 5 Alpha. 
                  "Baiklah Adibah. Selamat datang ke SMK Dato' Ahmad. Cikgu harap kamu dapat menyesuaikan diri di sekolah baru ni. Yang lain tolong bagi tunjuk ajar kepada rakan kita yang baru ni kalau dia tak tahu apa-apa. Adibah, kamu boleh di sebelah Husna." kata guru kelas 5 Alpha, Cikgu Diana. Bermulalah kehidupan barunya di sekolah kluster yang terletak di ibu kota.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                  Ringggg !! Loceng berbunyi sudah sampai waktu rehat. Para pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk menikmati hidangan untuk mengalas perut sehingga tiba waktu pulang jam 3 petang. 
                   "Jom Adibah pergi makan." ajak Husna dengan lembut.
                   "Kau pergilah dulu. Aku nak salin nota kat papan tu sikit lagi. Kalau rajin, tunggula sekejap." kata Adibah.
                    "Kalau macam tu aku tunggula." jawab Husna. Adibah hanya menggangguk dan cepat-cepat siapkan notanya.
                    "Dah jom."kata Adibah. Adibah mengemaskan mejanya dan mengajak Husna untuk ke kantin. Dalam perjalanan ke kantin, Husna menceritakan serba sedikit tentang perihal sekolah kepada Adibah.
                     "Yang tu perpustakaan, yang tu bilik guru, yang tu laluan nak ke makmal sains dan makmal komputer." terang Husna dengan penuh semangat. Adibah mendengar segala butir bicara Husna dan senyum melihat Husna yang bersemangat menceritakan tentang sekolah itu kepadanya.
                     Sampai di kantin, Husna pergi belikan makanan manakala Adibah pergi membeli minuman. Adibah pergi mencari tempat duduk sambil menunggu Husna membawa makanan. Dia nampak satu meja kosong yang bersih di satu tempat yang strategik iaitu betul-betul di bawah kipas. Dia bertanya kepada Husna sebaik saja Husna sampai di meja yang dia duduk.
                      "Kenapa tempat tu kosong?" tanya Adibah
                      "O, meja tu? Tu tempat geng SETAN. Ketua dia penolong ketua kelas kita, Sarah. SETAN tu singkatan nama ahli iaitu Sarah, Eve, Tania, Angelina dan Nadia. Kumpulan tu memang terkenal. Satu sekolah tahu. Daripada makcik cleaner, tukang kebun, junior sampailah cikgu-cikgu. Semua tahu. Geng yang mengutuk cikgu, paling sombong, perasan cantik, bajet hot, gedik, dan macam-macam lagilah. Hubungan seks ? Tak payah cakap Tiap-tiap malam kongsi lelaki yang sama. Tak padan dengan budak sekolah. Ingat dah besar sangat. Kau hati-hatilah dengan kumpulan ni. Ada lelaki yang kau jangan kacau. Nanti kena kau ngan kumpulan tu. Tu nampak tak? Khairul, budak lelaki kelas 5 Beta. Dia tu lelaki pujaan Sarah. Jangan kacau dia kalau kau tak nak kena apa-apa. Pernah ada budak bagi surat dekat dia. Sarah tahu pasal tu, dia cari budak tu dengan kumpulan dia dan torture dia. Pastu budak tu terus tukar sekolah." terang Husna panjang lebar. Adibah hanya menggangguk tanda faham.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                     "Hoi Adibah ! Aku dengar kau ada kacau Khairul. Betul ke?" jerkah Sarah. Adibah yang ketika itu sedang menyalin nota di papan putih. Ketika itu adalah waktu pulang dan dia sedang berpuasa sunat.
                     "Ehh, Sarah. Kalau ya pun bagilah salam dulu. Terkejut aku. Khairul ? Tak da pulak. Kenapa?" kata Adibah. Dia berasa pelik dengan pertanyaan Sarah. Di belakang Sarah terdapat lagi empat orang ahli kumpulannya sedang tersenyum.
                     "Kau kencing aku kan. Si Nadia cakap semalam kau dok menggedik dengan Khairul." kata Sarah
                     "Betul. Aku nampak dengan mata aku sendirila. Engkau dengan Khairul." tambah Nadia
                     "Oh, yang semalam tu Khairul tolong aku angkat buku. Cikgu Razak mintak aku hantarkan. Aku bawak la pergi bilik guru. Tiba-tiba aku terjatuh. Time aku nak kutip buku tu, Khairul datang tolong. Aku cakap lah kat dia tak pe. Dia yang tetap nak tolong. Aku bagi jela." terang Adibah.
                    " Arhh, kau bohong. Nadia cakap kau pegang-pegang tangan dia. Gelak-gelak bagai."
                    " Sumpah aku tak pegang tangan dia. Gelak-gelak adalah. Dia buat lawak aku gelak lah."
kata Adibah. Kata-kata Adibah telah menambahkan api kemarahan Sarah.
                    " Dasar betina sial !" Sarah ingin menampar Adibah.. Tiba-tiba
                    " Sarah ! Apa hal dengan kau ni?" tanya Khairul. Dia perhatikan kejadian itu dari tadi lagi.
                    "Khairul, macam mana you boleh ada kat sini?" tanya Sarah. Riak wajahnya berubah menjadi resah.
                    " Aku tengok dari tadi lagi. Kenapa denga kau ni. Kita tak da apa-apa kan? Kenapa kau sibuk sangat nak marah si Adibah ni? Kau memang dah gila lah, Sarah. Start from today, please don't talk to me again. I hate you and all your members, bitches. Dah jom Adibah, saya hantar awak balik." kata Khairul. Adibah berasa bersalah kerana dia Khairul benci Sarah. Dia dapat lihat Sarah menangis sambil dipujuk oleh kawan-kawannya.
                    Sarah lihat Adibah dan Khairul pergi. Dalam hatinya terbentuk satu perasaan iaitu dendam.
                     " Kau tunggulah sundal. Kau tunggu." kata Sarah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                    Kringggggg. Loceng tamat sekolah sudah berbunyi. Murid-murid semua berpusu-pusu ingin pulang. Kumpulan SETAN mendekati Adibah yang sedang mengemas meja.
                    " Adibah, ikut kita orang boleh tak? Aku nak mintak maaf pasal hari tu. Aku ingat nak belanja 'makan'. Boleh tak?" kata Sarah. Sengaja dia menekan pada perkataan 'makan'. Adibah yang tidak mengesyak apa-apa hanya mengangguk. Kumpulan SETAN tersenyum dalam hati kerana plan mereka menjadi.
                     Sarah mengajak Adibah menaiki keretanya. Dalam perjalanan, Adibah tidak habis-habis mintak maaf kerana dia, Khairul benci Sarah. Sarah hanya mengiakan saja. Sarah memandu kereta ke sebuah tempat yang agak asing bagi Adibah. Dia ternampak sebuah bangsal di hadapannya.
                     " Adibah, kau tunggu jap ehh. Aku nak barang aku kat dalam tu jap." kata Sarah. Adibah mengangguk tanda faham. Sepuluh minit dia menunggu tetapi Sarah masih belum tiba. Adibah mula berasa risau. Dia keluar daripada kereta kerana ingin periksa keadaan sekeliling. Apabila dia menutup pintu kereta, tiba-tiba mulutnya ditekup dan dia dipeluk daripada belakang. Dia meronta-ronta tetapi tenaga lelaki yang dirasakannya dari belakang lebih kuat. Dia diheret masuk ke dalam semak yang berdekatan. Dia menangis dan hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa. Dia diikat di tangan dan kaki. Dia nampak ahli kumpulan SETAN sedang gelak terhadapnya.
                      " Oi betina ! Kau ingat senang-senang aku nak maafkan kau. Sebab kau, Khairul langsung tak nak tengok muka aku. Biar kau rasa balasannya. Puihh. Rizwan, kau buatlah apa yang kau nak buat kat betina ni." kata Sarah. Makin banyak air mata Adibah jatuh. Lelaki di hadapannya sudah siap bukak baju. Dia tahu apa yang akan berlaku pada dirinya. Kumpulan SETAN hanya gelak apabila lihat Adibah. Sarah merakam aksi-aksi yang berlaku.
                     Apabila semuanya selesai, mereka ingin meninggalkan tempat tersebut. Mereka pelik melihat alat sulit yang tidak henti-henti berdarah. Mereka menjadi panik.
                     " Sarah macam mana ni? Aku tak sengaja la." kata Rizwan.
                     " Tulah engkau. Dah la gelojoh, ganas pulak. Memang macam nilah jadi." kata Sarah sambil menampar pipi Rizwan. Dia hanya menggosok-gosok pipinya yang ditampar oleh Sarah. Tiba-tiba mereka terdengar suara Adibah.
                      " A..a..ku a..ka...n ba..las de..ndam.. ." kata Adibah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terkahir. Kumpulan SETAN dan Rizwan menjadi resah. Mereka tidak menyangka yang Adibah akan mati. Akhirnya, mereka bersepakat meninggalkan mayat Adibah di situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua bulan kemudian.
                      " Eve, jom teman aku pergi kedai buku lepas habis sekolah." ajak Nadia. Eve mengangguk tanda ok.
                      Apabila loceng sekolah berbunyi, Eve dan Nadia cepat-cepat ke perhentian bas takut-takut tertinggal bas. Mereka berbincang barang yang ingin dibeli. 15 minit kemudian, bas berhenti di destinasi yang mereka pergi. Kedai buku berada di seberang jalan. Mereka sudah biasa dengan laluan tersebut. Eve tiba-tiba ternampak kelibat Adibah di seberang jalan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia mula berasa tidak sedap hati. Sewaktu mereka ingin melintas jalan, tiba-tiba datang sebuah motor yang dipecut laju. Apabila sampai di hadapan Nadia, penunggang motor tersebut menarik beg yang sandang oleh Nadia. Nadia terkejut dengan tindakan penunggang tersebut dan tidak semena-mena dia diseret oleh penunggang motor tersebut. Dia cuba melepaskan beg tersebut tetapi entah bagaimana tali beg tersebut terlilit pada tangannya. Dia menjerit meminta tolong. Orang yang berada di situ hanya melihat saja. Darahnya dapat dilihat dengan jelas di jalan. Eve hanya menjerit meminta kawannya diselamtkan tetapi tiada seorang pun yang tolong.
                        Tiba-tiba, tangan Nadia terlepas daripada begnya dan dia berguling-guling di atas jalan. Sebuah lori dari arah bertentangan telah menggilis Nadia menyebabkan dia mati dalam keadaan yang tragis. Badannya terbelah dua. Semua yang berada di situ semuanya menjerit. Eve hanya menangis melihat mayat kawannya yang tragis. Dia lihat Adibah sedang tersenyum sinis dengan keadaan muka yang pucat kepadanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                        "Macam mana ni Sarah. Apa yang Adibah cakap sebelum mati tu betul. Dia nak balas dendam kat kita." kata Angelina. Dia kelihatan takut dengan apa yang berlaku kepada rakannya.
                        "Arggh ! Mengarut la semua tu. Mana ada roh boleh balas dendam. Kau nie banyak tengok movie la nie. Tuhan nak tarik nyawa dia. Mati la." kata Sarah. Dia sebenarnya takut dengan tragedi yang menimpa Nadia. Tapi dia buat-buat berani.
                        "Betul tu Sarah. Tak ingat ke sebelum dia mati dia ada cakap yang dia akan balas dendam. Seram bodo kalau ingatkan balik." kata Tania
                        " Dah la. Cakap dengan korang semua ni buat aku bingit je la. Dah la. Tak da apa-apa. Ajal si Nadia tu. Just live your life, ok? Cheer up, girls. Come on." Sarah cuba buat-buat ceria. Yang lain hanya menggangguk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                        "Gimme to me im worth it, Baby im worth it." telefon milik Angelina berdering menandakan ada panggilan. Dia melihat telefonnya. Nombor yang tak dikenali. Dia mengangkat.
                        "Helo, siapa ni?"
                        "Haaaaaaaaa"
                        "Siapa ni? Jangan main-main boleh tak?"
                         "Haaaaaaa" Tut. Dia terus meletakkan telefonnya.
                        Angelina mencapai tuala dan menuju masuk ke bilik air. Sial la. Sumpah aku dapat orang yang main-main dengan aku, siaplah dia. Ingat lawak kot. Angelina bermonolog dalam hati. Dia membuka air pancuran dan membiarkan air memenuhi tab mandi. Dia memasukkan sabun kegemarannya ke dalam tab mandi. Sementara menunggu tab penuh, dia melakukan facial treatment dahulu. Apabila tab sudah penuh, dia membuka pakaian dan masuk berendam dalam tab mandi. Sedang dia menikmati rendaman air panas, dia ternampak satu bayangan. Hati dia berdegup kencang. Bayangan tersebut tidak berapa jelas kerana dihalang oleh plastik yang memisahakan tab mandi dan ruangan tandas. Angelina menyelak plastik dan mendapati bayangan tersebut hilang. Mungkin halusinasi aku kot. Tiba-tiba mentol dalam tandas pecah menyebabkan tandas menjadi gelap. Angelina mula berasa tak sedap hati. Dia menyelak langsir plastik dan tidak nampak apa-apa kecuali cahaya samar-samar daripada pintu biliknya.  Dia keluar daripada tab mandi. Badannya yang dipenuhi dengan sabun menyebabkan dia tergelincir dan tersembam. Mukanya jatuh tepat pada serpihan-serpihan mentol yang pecah. Dia menjerit sekuat hati. Dia baru teringat yang papa dan mamanya sedang berhoneymoon. Dia keluar daripada tandas dengan keadaan yang dipenuhi dengan kaca di muka dan berdarah dan tidak berpakaian. Dia menuju ke arah tangga kerana ingin meminta tolong orang gajinya untuk membantunya. Entah bagaimana dia tergelincir sekali lagi dan jatuh tergolek di anak tangga. Habis kaca-kaca di mukanya telah menarik luka di mukanya menjadi lebih besar. Sebelum dia menutup mata, dia lihat Adibah sedang tersenyum melihatnya. Aku mintak maaf Adibah. Aku mintak maaf.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                          " Sarah ! Tu kau cakap x da apa-apa lagi. Memanglah ajal tapi tak tengok cara dia mati macam mana." kata Tania. Dia menangis mengingatkan kembali cara kawan-kawan dia mati. Eve pun kelihatan menangis di sisi Sarah.
                          "Pastu kau nak suruh aku buat apa, hah? Pergi mintak maaf kat Adibah? Pergi kubur dia cakap Adibah aku mintak maaf. Jangan kacau kami dah, macam tu? Benda tak boleh nak ubah la." kata Sarah. Dia agak panas dengan kata-kata Tania.
                          " Ni memang salah kau. Mulai sekarang, aku tak nak join dah group kau ni. Group ni memang SETAN. Jom Eve." kata Tania. Dia mengajak Eve pergi bersamanya. Eve hanya mengikut saja. Air mata Sarah jatuh memikirkan nasibnya.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                          " Eve aku takut la. Aku rasa hidup aku sekarang tak aman la." kata Tania. Dia dan Eve keluar jalan-jalan di MidValley. Mereka keluar berdua sahaja kerana konlflik yang berlaku antara Tania dan Sarah. Mereka berjalan di MidValley beberapa kali sebelum makan di restoran makanan segera.
                           "Tania, aku takut jugak. Bila-bila masa je kita boleh mati." kata Eve
                           "Kita kena rileks , Eve. Ya, aku tau yang kita akan mati. Bila-bila masa ja." kata Tania. Jelas kelihatan air mata bertakung di kelopak matanya. Tiba-tiba,
                           " APIIII !!! LARI !!!" jerit seseorang. Pengunjung di restoran mula panik. Eve dan Tania mula pasang langkah tetapi salah seorang pengunjung telah melanggar mereka menyebabkan mereka jatuh dan meja makan mereka menimpa  kaki mereka. Disebabkan terdapat beberapa orang yang menekan meja mereka, kaki mereka patah. Eve dan Tania meraung kesakitan. Raungan mereka langsung tak diendahkan oleh orang ramai kerana mereka semua hanya fikirkan untuk selamatkan diri masing-masing. Eve dan Tania berpandangan sesama sendiri dengan linangan air mata. Mereka mula berasa panas kerana api sudah mula menjilat pakaian mereka. Mereka pasrah. Dari jauh kelihatan Adibah sedang tersenyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                           "Arghh!! Kenapa Adibah? Aku mintak maaf. Aku tak tau jadi macam ni." kata Sarah dalam tangisan. Hidup dia sekarang dihantui dengan bayangan Adibah. Pandang sana Adibah. Pandang sini Adibah. Hidup dia jadi tak tenang. Dia seakan-akan mendengar gelakan Adibah dalam kepalanya. Gelakan puas kerana dapat balas dendam. Empat orang kawannya telah mati. Kini, tinggal dia seorang saja. Dia jadi tak tentu arah.
                           Keesokkan harinya, ibu Sarah menjumpai dia dalam keadaan tak bernyawa. Kepalanya dicukur botak, badannya dicakar sendiri oleh dia hingga terkeluar isi-isi badannya dan terdapat kuku-kuku dia yang patah disekelilingnya. Ibunya menjerit kerana terlalu ngeri dengan apa yang dilihatnya. Adibah hanya melihat mayat Sarah dari luar balkoni bilik Sarah. Kini seorang saja lagi yang tinggal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                            " Encik polis, saya datang balai nak serah diri. Saya Rizwan Hashim merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Adibah, mangsa rogol di bangsal yang terletak lima kilometer daripada SMK Dato' Ahmad dan juga lima orang gadis yang mati baru-baru ni juga terlibat dengan kes ni iaitu Sarah, Eve, Tania, Angelina dan Nadia." kata Rizwan kepada pihak polis. Pihak polis dihapadannya hanya tercengang. Dia akhirnya menggari Rizwan dan membawanya ke lokap.
                             Selama tiga hari dia berada di lokap, dia sering diganggu oleh Adibah. Dia menjadi tak betul. Menjerit pada setiap masa. Ramai banduan yang terganggu dengan Rizwan. Akhirnya, polis mengesahkan bahawa Rizwan menghidapi sakit mental yang teruk. Dia dibawa oleh pihak polis ke Hospital Tanjung Rambutan. Sebelum sempat sampai ke hospital, Rizwan didapati mati kerana telah menelan bahan kimia yang ada dalam van hospital. Pihak hospital mendapati mayatnya terdapat kesan dicekik yang mana dia mencekik diri sendiri dan juga buih putih keluar daripada mulutnya. Adibah tersenyum puas kerana dendamnya terlaksana.
~Tamat~

No comments:

Post a Comment