Friday, March 18, 2016

Abang Senior

         "Lan, cepat sikit ! Dah lambat ni." panggil Puan Rita daripada tingkat bawah.
         "Ingat la sikit yang hari ni kamu nak daftar sekolah berasrama. Yang pergi tidur lewat semalam tu dah kenapa ?"
         "Kejap bu. Lan nak masukkan barang sikit lagi ni. " balas Razlan. Dia segera mempercepatkan tangannya mengemas barang-barang yang diperlukan. Komik, novel, action figures kesayangan semua dibawanya.
         "Ya Allah ! Lan, yang kamu nak bawak semua ni dah kenapa ? Kamu pergi sana nak belajar bukannya main benda-benda tak berfaedah ni. Kamu bukannya nak pindah terus ke asrama tu. Dah tak payah bawak patung-patung tu semua. Tinggal je kat rumah. Cepat kita dah lambat ni." kata Puan Rita. Razlan akur dengan kata-kata ibunya dan meninggalkan semua action fgures kesayangan di dalam bilik.
         Jam menunjukkan sudah pukul 12 tengah hari. Pendaftaran Razlan sudah pun bermula dua jam yang lalu. Puan Rita segera menyuruh Mak Uteh, pembantu rumahnya dan Pak Abo, tukang kebun untuk mengangkut barang-barang Razlan ke bonet kereta. Dia terpaksa menguruskan segalanya memandangkan suaminya, Encik Hazman sedang bertugas di Vietnam selama dua minggu. Anak sulungnya iaitu abang kepada Razlan, Khairi sibuk dengan hal-hal syarikat yang ditinggalkan oleh bapanya manakala kakak Razlan pula, Zahira sedang melanjutkan pelajran di Frankfurt, German dalam bidang jurutera automotif. Puan Rita terpaksa menguruskan pendaftaran anak bongsunya berseorangan
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
           "Baiklah puan. Ini bilik anak puan, DA205. Kita di sini meletakkan para senior di dalam satu bilik untuk mengeratkan ukhwah di antara para senior dan junior. Bilik ketua aras kami letakkan di bilik nombor satu. Jikalau terdapat sebarang permasalahan dengan bilik, kamu boleh berjumpa dengan ketua aras blok Delta atas iaitu saudara Farhan Izzat. Nampaknya kamu satu-satunya junior di dalam bilik kamu. Tetapi jangan risau kerana roommates kamu merupakan Pengawas Sekolah dan juga pelajar contoh di sekolah ini." terang helpers yang membantu Razlan mengangkat barang ke biliknya. Dia sempat mengerling tag nama pada baju helpers tersebut.
            "Hafiz. Macam pernah aku tengok ja nama ngan muka abang nie." soal Razlan dalam hatinya. Dia melihat ramai pelajar sebayanya baru mendaftar. Semuanya merupakan pelajar tingkatan 4 yang telah diterima masuk ke Sekolah Aman Perdana, salah sebuah sekolah yang terkenal yang terletak di Selangor yang berjaya melahirkan para pelajar yang hebat dan cemerlang dalam segi akademik.
             " Baiklah puan. Kalau dah selesai urusan di asrama, puan boleh bergerak ke Dewan Gegak Gempita yang terletak berhampiran dengan tapak pendafataran tadi." kata Hafiz dengan lemah lembut tetapi penuh karisma dalam setiap butir bicaranya beserta dengan senyuman. Razlan dan Puan Rita mengangguk dan membalas senyuman Hafiz. Mereka bergerak menuju ke dewan yang dinyatakan bersama dengan orang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
             "La, patutla macam familiar nama ngan muka abang. Roommates saya rupanya. Hahaha" kata Razlan kepada Hafiz. Hafiz hanya senyum tatkala Razlan baru sedar akan dirinya.
             "Hahaha. Engkau tak payah nak berabang-abang sangat lah ngan aku. Just call me Hafiz je. Aku merupakan Exco Sukan dan Rekreasi kat sekolah ni. Yang nie pulak nama dia Faiz Ghazali. Panggil dia Faiz. Dia naib ketua pengawas sekolah. Yang tu nama dia Afiq Syamir. Kau boleh panggil dia Fiqmir. Dia ni pulak setiausaha Badan Dakwah Islamiah" kata Hafiz. Dia mengenalkan semua ahli bilik DA205 kepada Razlan. Faiz dan Fiqmir hanya tersenyum dan menyapa Razlan tatkala nama mereka disebutkan oleh Hafiz
              " Kira kau untung tau dak sebab roommates kau ni semua Majlis Pemimpin Pelajar. Ada kawan kau tu yang dapat roommates ngan kaki rokok, kaki porno." kata Fiqmir.
             " Kau juga dikira untung sebab si Faiz ni memang top scorer sekolah. Boleh cakap semua exam dia top 3. Dah la pandai, hensem pulak tu. Kau tau dak ramai perempuan nak kat dia tapi dia buat dunno ja." kata Hafiz. Faiz hanya gelak apabila dirinya dipuji sebegitu.
             "Dah la tu Hafiz. Engaku tu lagi hensem daripada aku. Berapa ramai dah perempuan melting ngan kau? Berapa ramai dah perempuan bagi surat dekat engkau ? Cuba cakap kat aku. Tu, kotak bawah katil tu. Kotak tu saja penuh dengan surat perempuan yang bagi kat engkau." kata Faiz. Giliran dia pula kenakan Hafiz. Fiqmir dengan Faiz tergelak apabila melihat Hafiz cuba menyembunyikan kotak berwarna kuning di bawah katilnya. Razlan hanya tersengih melihat gelagat ahli roommatesnya. Dia mula berasa selesa dengan mereka.
              "Engkau tak perkenalkan diri kau lagi. Apa nama kau?" kata Fiqmir. Dia baru sedar yang Razlan masih belum perkenalkan dirinya.
              "Oh. Sorry. Hehehe. Nama saya Razlan Naim b. Hazman. Boleh panggil Lan. Berasal daripada Paka, Terengganu. Ayah saya ahli perniagaan dan mak saya akauntan." Razlan memperkenalkan dirinya. Hafiz, Faiz dan Fiqmir mengangguk tanda faham.
              "Okay lah. Dah nak dekat pukul 12. Light off dah x lama dah. Engkau pergi tidur dulu Lan. Esok engkau ada pendaftaran kokurikulum kan? Takut nanti kau lambat bangun." kata Hafiz. Lan mengerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 11:50 malam. Dia bergerak menuju ke katilnya untuk tidur.
               " Sebelum tidur tu jangan lupa basuh kaki n baca doa sebelum tidur. Kang jap lagi tak pasal-pasal meracau tengah-tengah malam." Faiz mengingatkan Razlan tentang sebelum tidur. Razlan hanya tersengih malu dan berlalu pergi ke tandas.
               "Aku harap sangat si Lan tak kena ganggu dengan geng-geng si Polar tu. Lan tu dah la muka ala-ala Sean O'Pry. Aku takut dia ganggu ja. Korang macam tak kenal Polar yang suka sangat dengan laki yang jambu nie" kata Hafiz. Polar atau namanya Danial memang terkenal dengan sikap gay nya. Dia panggil Polar kerana kulitnya yang putih tak seperti mana-mana pelajar lain.
             " Agakla. Dorang tu bahaya dowh. " kata Fiqmir pula. Mereka risau akan keselamatan Razlan memandangkan dia mempunyai wajah yang tampan tetapi badannya tidaklah sasa seperti mereka.
             "Apa nak jadi lah dengan si Polar tu. Muka hensem dah. Badan dah style. Kaya tetapi gay pulak. Dia tu sumpah memang nampak maskulin gila depan perempuan. Ramai perempuan yang melting dengan dia. Tapi tu lah. Dorang tak tahu yang Polar tu gay. " kata Faiz. Hafiz dan Fiqmir mengangguk. Razlan yang baru pulang daripada tandas hanya melihat senior-seniornya masih di tempat yang sama dan sempat menguntumkan senyuman kepada mereka sebelum dia rebahkan dirinya ke atas katil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
             5 bulan kemudian.
            "Lan, aku dengan Faiz ada kem kepimpinan untuk seminggu dekat Melaka. Kem ni anjuran SBP SeMalaysia. And 1 more thing, kau tahu kan yang Fiqmir kena balik sebab dia ada appointment doktor pasal dia punya tangan yang retak sebab main rugby minggu lepas. So, untuk seminggu ni kau kena dok sorang-sorang la dalam bilik. Kau okay tak ?" kata Hafiz. Dia sedang sibuk memasukkan pakaiannya ke dalam beg hikingnya. Dia dan Faiz terpaksa pergi memandangkan mereka merupakan ahli penting dalam MPP. Kebetulan pula Fiqmir yang patah tangan terpaksa pulang untuk menghadiri appointment doktor yang telah ditetapkan.
            "Saya okay ja bang. Dah biasa dah duduk sorang." kata Razlan. Kesibukkan ahli keluarganya menyebabkan dia lali dengan kehidupan seorang diri di rumah. Dia rasa tidak sedap hati. Cepat-cepat dia membuang perasaan tu jauh-jauh.
           " Kau nak ajak kawan kau study dalam bilik ni boleh. Tapi jangan bagi dorang sentuh barang-barang kami. Aku tak suka sangat spesies manusia macam ni." kata Faiz. Razlan mengganguk tanda faham.
           Selesai mengemas segala yang patut, Hafiz dan Faiz segera bergerak menuju ke tapak perhimpunan kerana bas mereka boleh tiba pada bila-bila masa. Razlan berseorangan di dalam bilik. Sedang dia mengemas loker, tiba-tiba dia terkejut apabila satu susuk tubuh berada di hadapan pintu biliknya. Razlan tidak kenal dengan senior yang berada di pintu biliknya.
           " Maybe dia aras lain kot." kata Razlan dalam hati.
           " Assalamualaikum." lelaki tersebut memberi salam kepada Razlan dan terus masuk ke dalam biliknya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Razlan membiarkan salam lelaki tersebut tidak dibalas.
            " Mesti kau nak tahu sapa aku kan ? Nama aku Firdaus. Kau boleh panggil aku Daus. Aku duduk kat aras bawah. Tu yang kau tak kenal aku." kata Daus.
           " Oh patutla. Saya jarang pergi aras bawah. Hehe." kata Razlan. Dia meneliti Daus daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Daus mempunyai muka yang tampan dan badannya berada dalam kategori sado. Kulitnya kelihatan gelap sedikit. Maybe sebab sunburn.
           " Kau ada masalah apa-apa ke dalam pelajaran ? Kalau ada boleh tolong. Roommates kau pun semua dah tak de kan." kata Daus. Dia meng'offer' dirinya untuk membantu Razlan kerana dia melihat di atas meja belajar terdapat beberapa buku rujukan yang tidak ditutup seperti sedang digunakan. Razlan masih ragu-ragu dengan Daus.
           " Kau jangan risau la. Aku ni salah seorang Guru Muda untuk budak-budak Form 5. Aku boleh tolong kau. Lagipun dua minggu lagi nak exam kan ?" kata Daus. Razlan mula mempercayai Daus dan bersetuju untuk diajar oleh Daus.
           "Ok baiklah jom start. Kau nak belajar apa dulu ? Addmaths or Physics ?" soal Daus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
           "Eh, abang tak pergi makan tengahhari ka?" soal Razlan. Dia terkejut apabila melihat Daus berada di atas katilnya sedang menyelak kerja rumah MatModnya.
           "Oh, Razlan. Aku tak makan ikan la. Tu yang tak pergi lunch. Ni kenapa banyak sangat kesilapan formula dalam ni?" soal Daus. Dia meneliti sehelai demi sehelai buku kerja Razlan. Pihak sekolah telah memberikan para pelajar seminggu cuti sebagai masa mereka untuk mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang akan datang.
           "Oh ya ka. Maaf la bang sebab saya ni lemah sikit nak hafal formula. MatMod tu saya okay lagi. Abang terangkan Biology boleh tak ? Saya tak paham yang pasal Digestion in Human Body ni." kata Razlan. Dia mula berasa selesa dengan Daus yang sentiasa sedia mengajarnya mana-mana mata pelajaran yang dia tidak faham.
            " Boleh ja." balas Daus. Dia mula menerangkan segala proses yang berlaku dalam badan manusia. Razlan mencatit sedikit nota supaya dia lebih faham apa yang di ajar. Dia berasa seronok belajar dengan Daus kerana Daus akan menerangkan segalanya dengan terperinci dan dengan cara yang mudah untuk Razlan faham. Dalam diam, Razlan mula jatuh cinta dengan Daus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            " Abang dah pukul 11:30 malam la. Saya mengantuk dah ni. Kita stop dulu Chemistry nie boleh tak? " kata Razlan. Matanya sudah mula kuyu dek kerana mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi.
            "Haa yela. Kita berhenti kat sini dulu. Esok sambung." kata Daus. Dia menolong Razlan mengemas buku-buku dan peralatan yang dipakai.
            " Emm abang, malam ni tido kat bilik saya boleh tak ?" tanya Razlan. Daus terkejut mendengar permintaan Razlan dan dia tersenyum dan mengangguk kepala.
            "Boleh ja. Tapi abang tidur kat bawah la kan ? Kan Hafiz, Fiqmir n Faiz tak nak orang ganggu barang dorang." kata Daus.
            " Abang boleh tidur sebelah saya. Ada lagi ruang ni." kata Razlan. Dia mengesotkan sedikit badannya tanda memberi ruang kepada Daus. Daus sekali lagi tersenyum dan mengangguk kepala.
            " Hahaha okay. Kau tidur lu. Aku nak gi tandas jap." kata Daus lalu bergerak keluar bilik menuju ke tandas. Selang beberapa minit, Daus datang semula dan baring di sebelah Razlan. Jantung Razlan mula berdegup kencang. Dia tidak pernah berasa seperti ni sebelum ni. Light off tepat pada masanya iaitu 12: 10 tengah malam. Kini hanya Razlan dan Daus, berdua-duaan di dalam bilik. Razlan terdengar bunyi dengkuran menandakan yang Daus sudah pun tidur. Dia memalingkan muka menghadap Daus dan menatapnya dalam gelap. Tiba-tiba, Daus juga memusingkan badannya menghadap ke arah muka Razlan. Jantung Razlan berdegup semakin kencang. Perlahan-lahan, Razlan mendekatkan bibirnya ke bibir Daus dan itulah kali pertama Razlan mengucup bibir seseorang dalam hidupnya. Daus membuka mata dan memberikan jelingan yang ghairah kepada Razlan. Razlan terkejut.
             " Nakal jugak kau rupanya ya." kata Daus lalu membalas ciuman Razlan. Malam itu mereka hanyut dalam dakapan syaitan yang membisikkan semangat kaum Luth dalam diri mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
             "So macam mana bang kem kepimpinan kat Melaka tu ? Best tak?" tanya Razlan bersemangat. Dia ingin mendengar cerita daripada Hafiz dan Faiz tentang kem yang telah mereka hadiri selama seminggu.
              " Alah engkau ni macam tak pernah gi kem. Hahahha. Best gak la sebab dapat jumpa ramai orang baru. Banyak gak la input yang aku dapat kat sana. Betul tak Faiz ?" kata Hafiz. Faiz mengangguk tanda betul.
               " Ha engkau kami takde seminggu engkau buat apa?" tanya Faiz kepada Razlan.
               " Oh lupa nak cerita. Hehe. Saya banyak habiskan masa dengan abang Daus. Dia selalu datang bilik n ajar saya apa yang saya tak paham.. Boleh cakap almost satu minggu tu saya habiskan masa dengan dia ja." kata Razlan bersemangat. Hafiz dan Faiz tercengang tatkala mendengar nama Daus keluar daripada mulut Razlan.
                " Nama penuh dia apa ?" tanya Hafiz. Dia mula mengesyaki sesuatu yang pelik sudah berlaku.
              " Tak tau la pulak say. Dia just cakap nama dia Firdaus n dia salah seorang Guru Muda. Dia duduk aras bawah." terang Razlan yang masih belum mengesyaki apa-apa
               " Setahu aku, form 5 mana ada nama Firdaus. Aku salah sorang Guru Muda. Aku sangat yakin yang takde sorang pon Guru Muda nama Firdaus." kata Faiz. Razlan mula berasa tidak senang duduk.
               "Habis tu yang ajar saya selama seminggu tu sapa ?" soal Razlan.
               " Kau ada gambar dia tak ?" tanya Hafiz. Razlan mengangguk dan mengeluarkan telefonnya. Dia mencari gambarnya bersama dengan Daus. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kesemua gambarnya bersama Daus kabur. Seperti ada asap di kamera ketika itu. Tiba-tiba Faiz seperti teringat sesuatu.
               " Aku terlupa nak cerita dekat kau. Dulu ada sorang laki ni terbunuh dekat asrama sekolah ni sebab dia tergelincir daripada koridor atas. Tak tahu asrama mana satu. Orang semua cakap yang rohnya masih ada sebab dia sudah berjanji dengan adik angkatnya untuk bersama-sama. Hubungan mereka tu memang direstui keluarga. Senang cakap keluarga si abang tu bersetuju ambik junior sebagai adik angkat, keluarga junior tu pon bersetuju ambik si abang tu sebagai abang angkat. Memang dorang  rapat gila. Satu hari tu, budak tu hilangkan diri. Si abang tu mula-mula ingat perkara biasa budak-budak gi fly or buat something else. Tapi bila dah nak dekat seminggu hilang, abang tu berasa risau. Dia call family budak tapi tak diangkat. Dia stress sampai la satu hari tu. Entah macam mana dia boleh tergelincir n jatuh daripada koridor. Kepala dia terhantuk dekat pasu bunga n dia serta merta mati. Nama dia ialah FIRDAUS." cerita Faiz. Razlan terkejut dan kaku. Segala memorinya bersama Daus diimbas kembali sehinggalah malam di mana mereka kalah dengan godaan syaitan. Dia takut. Dia trauma. Dia menangis sepuas-puasnya.
                " Abang, saya dah buat dengan hantu. Yes saya dah buat dengan laki. Saya tak tahu yang dia hantu. No wonder saya tak pernah nampak dia kat mana-mana." Razlan berterus terang di saat tu. Hafiz dan Faiz terkejut. Maybe bunyinya kelakar tapi dorang paham yang sekarang bukan masa yang sesuai untuk gelak.
                Tiba-tiba, angin kuat menerjah masuk ke dalam bilik. Habis bertebangan kertas-kertas yang diletakkan di meja belajar. Satu jeritan garau bergema di dalam bilik yang kecil itu. Hafiz cuba membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya tetapi hampa kerana dia kaku. Perkara yang sama menimpa Faiz. Satu susuk tubuh badan menjelma di hadapan tingkap. Razlan terkejut kerana itu adalah Daus tetapi Daus yang di hadapannya sekarang adalah berbeza. Dia tidak setampan dan sesado seperti sebelum ni. Badannya keding, mukanya penuh dengan kesan luka dan darah.
                 "  Razlan, kau nak belajar apa hari ni ?" tanya Daus. Razlan hanya mampu menangis dan menggelengkan kepala.
                 " Woi setan ! Kau jangan berani nak ganggu dia. Pergi kau." kata Faiz. Mulutnya terkumat-kamit membaca potongan ayat al-Quran.
                 " Pergi jahanam la kau ! " kata Daus dengan nada suara yang mampu memecehkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya. Dia melompat ke arah Faiz dengan pantas. Nasib malang menimpa Faiz apabila da tidak sempat mengelak. Daus dengan matanya yang tiba-tiba jadi merah menyala segera mencakar dan mengoyakkan kulit Faiz. Perbuatannya kelihatan seperti dia sedang mengorek lubang di tanah. Darah pekat memancut keluar dan terpecik ke segenap ruang bilik. Faiz hanya mampu menjerit ketika itu. Dia tidak mampu melawan balik kerana badannya ditindih oleh Daus yang mempunyai berat badan yang tidak masuk akal oleh seorang manusia. Daus dengan rakusnnya masih mencarit kulit dan isi Faiz sehingga jelas kelihatan organ dalamannya.
                  " Woi lahanat !" teriak Hafiz lalu segera memberikan sebuah tendangan kepada Daus. Daus bergolek ke sebelah dek kerana tendangan Hafiz yang padu. Hafiz mengurut kakinya yang sakit akibat tendangannya sebentar tadi. Daus menjadi semakin marah. Dia menjerit lalu segera mencekik leher Hafiz menggunakan tangan kirinya. Hafiz meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Dengan sepantas kilat, tangan kanan Daus menerobos ke perut Hafiz.
                  " ARGHHHHHH!!!!!!!!!!" mata Hafiz terbeliak menahan kesakitan yang amat dashyat. Mulutnya dengan laju mengalirkan darah pekat. Daus mengeluarkan tangan kanannya perlahan-lahan bersama dengan usus Hafiz. Dia menarik keluar usus Hafiz sepanjang yang mungkin dan menjerut leher Hafiz. Dia mengikat dan menggantungkan Hafiz di kipas siling bilik. Hafiz cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi hampa. Nafasnya mula tersekat di kerongkong. Matanya menjadi merah dan akhirnya dia tergantung kaku di kipas siling.
                   Faiz yang pada ketika itu nyawa-nyawa ikan cuba sedaya upaya untu menyelamatkan Razlan yang berada di penjuru bilik. Daus yang perasan situasi itu terus menerpa Faiz dan menyentap keluar jantungnya. Razlan dapat melihat dengan jelas jantung milik Faiz pada tangan Daus masih lagi berdenyut. Bilik tersebut penuh dengan darah dan cebisan daging di merata tempat. Daus menggenggam jantung Faiz sehingga jantung tersebut pecah. Daus memandang dan menuju ke arah Razlan yang cuba untuk melarikan diri.
                  " Kau nak tinggalkan aku jugak ke ? Aku sayang kau sangat-sangat. Aku tak nak perkara yang sama berulang." kata Daus
                  "Pergi ! Kau tu iblis. Syaitan nirojjim. Pergi !" kata Razlan. Dia sedaya upaya cuba untuk meloloskan diri.
                  " Kau tak ingat ke pengalaman kita ? Kau dengan aku ? Kita bahagia sangat malam tu." kata Daus. Dia semakin menghampiri Razlan. Razlan buntu. Dia tidak tahu untuk lari ke mana.
                  " Tu bukan Daus yang aku kenal. Aku tak tahu. Kau setan ! Kau tak boleh duduk dengan manusia !" balas Razlan. Daus dengan pantasnya melompat ke arah Razlan sebelum dia mengelak. Daus mencium Razlan sepuas-puasnya. Dia bukan sahaja cium, malah menggigit keluar kulit dan bibir Razlan. Jelas kelihatan rahang Razlan yang telah digigit dan tarik keluar kulitnya. Razlan cuba meronta. Tetapi, lebih banyak dia meronta, lebih besar lah kulit yang di tarik keluar. Bukan sahaja di muka, malah anggota badannya yang lain turut digigit dan dikoyak. Setiap kulit yang ditarik keluar, ditarik sekali dengan daging yang melekat di kulit tersebut.
                    Razlan tidak dapat berbuat apa-apa. Tubuhnya kini kaku, ditindih oleh Daus. Dia seperti dirogol tetapi dengan caranya yang menyeksakan. Ditarik perlahan-lahan kulit yang berada di segenap inci tubuh badan Razlan. Termasuklah alat sulitnya. Razlan tidak terdaya. Perlahan-lahan matanya tertutup.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                   " Astghfirullahhalazim. Ya Allah, ngeri sungguh mimpi aku tadi." kata Razlan yang tersedar daripada tidur. Ya, itu semua hanyalah mimpi semata-mata.
                    "Assalamualaikum." seseorang memberi salam. Razlan melihat dan terkejut. Dia terkejut kerana orang yang memberi salam tersebut adalah Daus.
                    Ya, dia tidak bermimpi. Daus berada di hadapannya dengan satu senyuman yang tidak dapat ditafsir.

~Tamat~

Tuesday, September 22, 2015

Dendam.

                 "Selamat pagi ! Nama saya Nur Adibah Amira bt. Aziz. Saya baru pindah daripada Kota Bharu, Kelantan disebabkan oleh ayah saya yang mendapat tawaran menjadi Naib Canselor di universiti yang mana saya tak berapa nak ingat." Adibah memulakan pengenalan di hadapan kelas 5 Alpha. 
                  "Baiklah Adibah. Selamat datang ke SMK Dato' Ahmad. Cikgu harap kamu dapat menyesuaikan diri di sekolah baru ni. Yang lain tolong bagi tunjuk ajar kepada rakan kita yang baru ni kalau dia tak tahu apa-apa. Adibah, kamu boleh di sebelah Husna." kata guru kelas 5 Alpha, Cikgu Diana. Bermulalah kehidupan barunya di sekolah kluster yang terletak di ibu kota.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                  Ringggg !! Loceng berbunyi sudah sampai waktu rehat. Para pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk menikmati hidangan untuk mengalas perut sehingga tiba waktu pulang jam 3 petang. 
                   "Jom Adibah pergi makan." ajak Husna dengan lembut.
                   "Kau pergilah dulu. Aku nak salin nota kat papan tu sikit lagi. Kalau rajin, tunggula sekejap." kata Adibah.
                    "Kalau macam tu aku tunggula." jawab Husna. Adibah hanya menggangguk dan cepat-cepat siapkan notanya.
                    "Dah jom."kata Adibah. Adibah mengemaskan mejanya dan mengajak Husna untuk ke kantin. Dalam perjalanan ke kantin, Husna menceritakan serba sedikit tentang perihal sekolah kepada Adibah.
                     "Yang tu perpustakaan, yang tu bilik guru, yang tu laluan nak ke makmal sains dan makmal komputer." terang Husna dengan penuh semangat. Adibah mendengar segala butir bicara Husna dan senyum melihat Husna yang bersemangat menceritakan tentang sekolah itu kepadanya.
                     Sampai di kantin, Husna pergi belikan makanan manakala Adibah pergi membeli minuman. Adibah pergi mencari tempat duduk sambil menunggu Husna membawa makanan. Dia nampak satu meja kosong yang bersih di satu tempat yang strategik iaitu betul-betul di bawah kipas. Dia bertanya kepada Husna sebaik saja Husna sampai di meja yang dia duduk.
                      "Kenapa tempat tu kosong?" tanya Adibah
                      "O, meja tu? Tu tempat geng SETAN. Ketua dia penolong ketua kelas kita, Sarah. SETAN tu singkatan nama ahli iaitu Sarah, Eve, Tania, Angelina dan Nadia. Kumpulan tu memang terkenal. Satu sekolah tahu. Daripada makcik cleaner, tukang kebun, junior sampailah cikgu-cikgu. Semua tahu. Geng yang mengutuk cikgu, paling sombong, perasan cantik, bajet hot, gedik, dan macam-macam lagilah. Hubungan seks ? Tak payah cakap Tiap-tiap malam kongsi lelaki yang sama. Tak padan dengan budak sekolah. Ingat dah besar sangat. Kau hati-hatilah dengan kumpulan ni. Ada lelaki yang kau jangan kacau. Nanti kena kau ngan kumpulan tu. Tu nampak tak? Khairul, budak lelaki kelas 5 Beta. Dia tu lelaki pujaan Sarah. Jangan kacau dia kalau kau tak nak kena apa-apa. Pernah ada budak bagi surat dekat dia. Sarah tahu pasal tu, dia cari budak tu dengan kumpulan dia dan torture dia. Pastu budak tu terus tukar sekolah." terang Husna panjang lebar. Adibah hanya menggangguk tanda faham.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                     "Hoi Adibah ! Aku dengar kau ada kacau Khairul. Betul ke?" jerkah Sarah. Adibah yang ketika itu sedang menyalin nota di papan putih. Ketika itu adalah waktu pulang dan dia sedang berpuasa sunat.
                     "Ehh, Sarah. Kalau ya pun bagilah salam dulu. Terkejut aku. Khairul ? Tak da pulak. Kenapa?" kata Adibah. Dia berasa pelik dengan pertanyaan Sarah. Di belakang Sarah terdapat lagi empat orang ahli kumpulannya sedang tersenyum.
                     "Kau kencing aku kan. Si Nadia cakap semalam kau dok menggedik dengan Khairul." kata Sarah
                     "Betul. Aku nampak dengan mata aku sendirila. Engkau dengan Khairul." tambah Nadia
                     "Oh, yang semalam tu Khairul tolong aku angkat buku. Cikgu Razak mintak aku hantarkan. Aku bawak la pergi bilik guru. Tiba-tiba aku terjatuh. Time aku nak kutip buku tu, Khairul datang tolong. Aku cakap lah kat dia tak pe. Dia yang tetap nak tolong. Aku bagi jela." terang Adibah.
                    " Arhh, kau bohong. Nadia cakap kau pegang-pegang tangan dia. Gelak-gelak bagai."
                    " Sumpah aku tak pegang tangan dia. Gelak-gelak adalah. Dia buat lawak aku gelak lah."
kata Adibah. Kata-kata Adibah telah menambahkan api kemarahan Sarah.
                    " Dasar betina sial !" Sarah ingin menampar Adibah.. Tiba-tiba
                    " Sarah ! Apa hal dengan kau ni?" tanya Khairul. Dia perhatikan kejadian itu dari tadi lagi.
                    "Khairul, macam mana you boleh ada kat sini?" tanya Sarah. Riak wajahnya berubah menjadi resah.
                    " Aku tengok dari tadi lagi. Kenapa denga kau ni. Kita tak da apa-apa kan? Kenapa kau sibuk sangat nak marah si Adibah ni? Kau memang dah gila lah, Sarah. Start from today, please don't talk to me again. I hate you and all your members, bitches. Dah jom Adibah, saya hantar awak balik." kata Khairul. Adibah berasa bersalah kerana dia Khairul benci Sarah. Dia dapat lihat Sarah menangis sambil dipujuk oleh kawan-kawannya.
                    Sarah lihat Adibah dan Khairul pergi. Dalam hatinya terbentuk satu perasaan iaitu dendam.
                     " Kau tunggulah sundal. Kau tunggu." kata Sarah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                    Kringggggg. Loceng tamat sekolah sudah berbunyi. Murid-murid semua berpusu-pusu ingin pulang. Kumpulan SETAN mendekati Adibah yang sedang mengemas meja.
                    " Adibah, ikut kita orang boleh tak? Aku nak mintak maaf pasal hari tu. Aku ingat nak belanja 'makan'. Boleh tak?" kata Sarah. Sengaja dia menekan pada perkataan 'makan'. Adibah yang tidak mengesyak apa-apa hanya mengangguk. Kumpulan SETAN tersenyum dalam hati kerana plan mereka menjadi.
                     Sarah mengajak Adibah menaiki keretanya. Dalam perjalanan, Adibah tidak habis-habis mintak maaf kerana dia, Khairul benci Sarah. Sarah hanya mengiakan saja. Sarah memandu kereta ke sebuah tempat yang agak asing bagi Adibah. Dia ternampak sebuah bangsal di hadapannya.
                     " Adibah, kau tunggu jap ehh. Aku nak barang aku kat dalam tu jap." kata Sarah. Adibah mengangguk tanda faham. Sepuluh minit dia menunggu tetapi Sarah masih belum tiba. Adibah mula berasa risau. Dia keluar daripada kereta kerana ingin periksa keadaan sekeliling. Apabila dia menutup pintu kereta, tiba-tiba mulutnya ditekup dan dia dipeluk daripada belakang. Dia meronta-ronta tetapi tenaga lelaki yang dirasakannya dari belakang lebih kuat. Dia diheret masuk ke dalam semak yang berdekatan. Dia menangis dan hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa. Dia diikat di tangan dan kaki. Dia nampak ahli kumpulan SETAN sedang gelak terhadapnya.
                      " Oi betina ! Kau ingat senang-senang aku nak maafkan kau. Sebab kau, Khairul langsung tak nak tengok muka aku. Biar kau rasa balasannya. Puihh. Rizwan, kau buatlah apa yang kau nak buat kat betina ni." kata Sarah. Makin banyak air mata Adibah jatuh. Lelaki di hadapannya sudah siap bukak baju. Dia tahu apa yang akan berlaku pada dirinya. Kumpulan SETAN hanya gelak apabila lihat Adibah. Sarah merakam aksi-aksi yang berlaku.
                     Apabila semuanya selesai, mereka ingin meninggalkan tempat tersebut. Mereka pelik melihat alat sulit yang tidak henti-henti berdarah. Mereka menjadi panik.
                     " Sarah macam mana ni? Aku tak sengaja la." kata Rizwan.
                     " Tulah engkau. Dah la gelojoh, ganas pulak. Memang macam nilah jadi." kata Sarah sambil menampar pipi Rizwan. Dia hanya menggosok-gosok pipinya yang ditampar oleh Sarah. Tiba-tiba mereka terdengar suara Adibah.
                      " A..a..ku a..ka...n ba..las de..ndam.. ." kata Adibah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terkahir. Kumpulan SETAN dan Rizwan menjadi resah. Mereka tidak menyangka yang Adibah akan mati. Akhirnya, mereka bersepakat meninggalkan mayat Adibah di situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua bulan kemudian.
                      " Eve, jom teman aku pergi kedai buku lepas habis sekolah." ajak Nadia. Eve mengangguk tanda ok.
                      Apabila loceng sekolah berbunyi, Eve dan Nadia cepat-cepat ke perhentian bas takut-takut tertinggal bas. Mereka berbincang barang yang ingin dibeli. 15 minit kemudian, bas berhenti di destinasi yang mereka pergi. Kedai buku berada di seberang jalan. Mereka sudah biasa dengan laluan tersebut. Eve tiba-tiba ternampak kelibat Adibah di seberang jalan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia mula berasa tidak sedap hati. Sewaktu mereka ingin melintas jalan, tiba-tiba datang sebuah motor yang dipecut laju. Apabila sampai di hadapan Nadia, penunggang motor tersebut menarik beg yang sandang oleh Nadia. Nadia terkejut dengan tindakan penunggang tersebut dan tidak semena-mena dia diseret oleh penunggang motor tersebut. Dia cuba melepaskan beg tersebut tetapi entah bagaimana tali beg tersebut terlilit pada tangannya. Dia menjerit meminta tolong. Orang yang berada di situ hanya melihat saja. Darahnya dapat dilihat dengan jelas di jalan. Eve hanya menjerit meminta kawannya diselamtkan tetapi tiada seorang pun yang tolong.
                        Tiba-tiba, tangan Nadia terlepas daripada begnya dan dia berguling-guling di atas jalan. Sebuah lori dari arah bertentangan telah menggilis Nadia menyebabkan dia mati dalam keadaan yang tragis. Badannya terbelah dua. Semua yang berada di situ semuanya menjerit. Eve hanya menangis melihat mayat kawannya yang tragis. Dia lihat Adibah sedang tersenyum sinis dengan keadaan muka yang pucat kepadanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                        "Macam mana ni Sarah. Apa yang Adibah cakap sebelum mati tu betul. Dia nak balas dendam kat kita." kata Angelina. Dia kelihatan takut dengan apa yang berlaku kepada rakannya.
                        "Arggh ! Mengarut la semua tu. Mana ada roh boleh balas dendam. Kau nie banyak tengok movie la nie. Tuhan nak tarik nyawa dia. Mati la." kata Sarah. Dia sebenarnya takut dengan tragedi yang menimpa Nadia. Tapi dia buat-buat berani.
                        "Betul tu Sarah. Tak ingat ke sebelum dia mati dia ada cakap yang dia akan balas dendam. Seram bodo kalau ingatkan balik." kata Tania
                        " Dah la. Cakap dengan korang semua ni buat aku bingit je la. Dah la. Tak da apa-apa. Ajal si Nadia tu. Just live your life, ok? Cheer up, girls. Come on." Sarah cuba buat-buat ceria. Yang lain hanya menggangguk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                        "Gimme to me im worth it, Baby im worth it." telefon milik Angelina berdering menandakan ada panggilan. Dia melihat telefonnya. Nombor yang tak dikenali. Dia mengangkat.
                        "Helo, siapa ni?"
                        "Haaaaaaaaa"
                        "Siapa ni? Jangan main-main boleh tak?"
                         "Haaaaaaa" Tut. Dia terus meletakkan telefonnya.
                        Angelina mencapai tuala dan menuju masuk ke bilik air. Sial la. Sumpah aku dapat orang yang main-main dengan aku, siaplah dia. Ingat lawak kot. Angelina bermonolog dalam hati. Dia membuka air pancuran dan membiarkan air memenuhi tab mandi. Dia memasukkan sabun kegemarannya ke dalam tab mandi. Sementara menunggu tab penuh, dia melakukan facial treatment dahulu. Apabila tab sudah penuh, dia membuka pakaian dan masuk berendam dalam tab mandi. Sedang dia menikmati rendaman air panas, dia ternampak satu bayangan. Hati dia berdegup kencang. Bayangan tersebut tidak berapa jelas kerana dihalang oleh plastik yang memisahakan tab mandi dan ruangan tandas. Angelina menyelak plastik dan mendapati bayangan tersebut hilang. Mungkin halusinasi aku kot. Tiba-tiba mentol dalam tandas pecah menyebabkan tandas menjadi gelap. Angelina mula berasa tak sedap hati. Dia menyelak langsir plastik dan tidak nampak apa-apa kecuali cahaya samar-samar daripada pintu biliknya.  Dia keluar daripada tab mandi. Badannya yang dipenuhi dengan sabun menyebabkan dia tergelincir dan tersembam. Mukanya jatuh tepat pada serpihan-serpihan mentol yang pecah. Dia menjerit sekuat hati. Dia baru teringat yang papa dan mamanya sedang berhoneymoon. Dia keluar daripada tandas dengan keadaan yang dipenuhi dengan kaca di muka dan berdarah dan tidak berpakaian. Dia menuju ke arah tangga kerana ingin meminta tolong orang gajinya untuk membantunya. Entah bagaimana dia tergelincir sekali lagi dan jatuh tergolek di anak tangga. Habis kaca-kaca di mukanya telah menarik luka di mukanya menjadi lebih besar. Sebelum dia menutup mata, dia lihat Adibah sedang tersenyum melihatnya. Aku mintak maaf Adibah. Aku mintak maaf.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                          " Sarah ! Tu kau cakap x da apa-apa lagi. Memanglah ajal tapi tak tengok cara dia mati macam mana." kata Tania. Dia menangis mengingatkan kembali cara kawan-kawan dia mati. Eve pun kelihatan menangis di sisi Sarah.
                          "Pastu kau nak suruh aku buat apa, hah? Pergi mintak maaf kat Adibah? Pergi kubur dia cakap Adibah aku mintak maaf. Jangan kacau kami dah, macam tu? Benda tak boleh nak ubah la." kata Sarah. Dia agak panas dengan kata-kata Tania.
                          " Ni memang salah kau. Mulai sekarang, aku tak nak join dah group kau ni. Group ni memang SETAN. Jom Eve." kata Tania. Dia mengajak Eve pergi bersamanya. Eve hanya mengikut saja. Air mata Sarah jatuh memikirkan nasibnya.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                          " Eve aku takut la. Aku rasa hidup aku sekarang tak aman la." kata Tania. Dia dan Eve keluar jalan-jalan di MidValley. Mereka keluar berdua sahaja kerana konlflik yang berlaku antara Tania dan Sarah. Mereka berjalan di MidValley beberapa kali sebelum makan di restoran makanan segera.
                           "Tania, aku takut jugak. Bila-bila masa je kita boleh mati." kata Eve
                           "Kita kena rileks , Eve. Ya, aku tau yang kita akan mati. Bila-bila masa ja." kata Tania. Jelas kelihatan air mata bertakung di kelopak matanya. Tiba-tiba,
                           " APIIII !!! LARI !!!" jerit seseorang. Pengunjung di restoran mula panik. Eve dan Tania mula pasang langkah tetapi salah seorang pengunjung telah melanggar mereka menyebabkan mereka jatuh dan meja makan mereka menimpa  kaki mereka. Disebabkan terdapat beberapa orang yang menekan meja mereka, kaki mereka patah. Eve dan Tania meraung kesakitan. Raungan mereka langsung tak diendahkan oleh orang ramai kerana mereka semua hanya fikirkan untuk selamatkan diri masing-masing. Eve dan Tania berpandangan sesama sendiri dengan linangan air mata. Mereka mula berasa panas kerana api sudah mula menjilat pakaian mereka. Mereka pasrah. Dari jauh kelihatan Adibah sedang tersenyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                           "Arghh!! Kenapa Adibah? Aku mintak maaf. Aku tak tau jadi macam ni." kata Sarah dalam tangisan. Hidup dia sekarang dihantui dengan bayangan Adibah. Pandang sana Adibah. Pandang sini Adibah. Hidup dia jadi tak tenang. Dia seakan-akan mendengar gelakan Adibah dalam kepalanya. Gelakan puas kerana dapat balas dendam. Empat orang kawannya telah mati. Kini, tinggal dia seorang saja. Dia jadi tak tentu arah.
                           Keesokkan harinya, ibu Sarah menjumpai dia dalam keadaan tak bernyawa. Kepalanya dicukur botak, badannya dicakar sendiri oleh dia hingga terkeluar isi-isi badannya dan terdapat kuku-kuku dia yang patah disekelilingnya. Ibunya menjerit kerana terlalu ngeri dengan apa yang dilihatnya. Adibah hanya melihat mayat Sarah dari luar balkoni bilik Sarah. Kini seorang saja lagi yang tinggal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                            " Encik polis, saya datang balai nak serah diri. Saya Rizwan Hashim merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Adibah, mangsa rogol di bangsal yang terletak lima kilometer daripada SMK Dato' Ahmad dan juga lima orang gadis yang mati baru-baru ni juga terlibat dengan kes ni iaitu Sarah, Eve, Tania, Angelina dan Nadia." kata Rizwan kepada pihak polis. Pihak polis dihapadannya hanya tercengang. Dia akhirnya menggari Rizwan dan membawanya ke lokap.
                             Selama tiga hari dia berada di lokap, dia sering diganggu oleh Adibah. Dia menjadi tak betul. Menjerit pada setiap masa. Ramai banduan yang terganggu dengan Rizwan. Akhirnya, polis mengesahkan bahawa Rizwan menghidapi sakit mental yang teruk. Dia dibawa oleh pihak polis ke Hospital Tanjung Rambutan. Sebelum sempat sampai ke hospital, Rizwan didapati mati kerana telah menelan bahan kimia yang ada dalam van hospital. Pihak hospital mendapati mayatnya terdapat kesan dicekik yang mana dia mencekik diri sendiri dan juga buih putih keluar daripada mulutnya. Adibah tersenyum puas kerana dendamnya terlaksana.
~Tamat~

Tuesday, March 17, 2015

(First Post) Batu Sungai

           "Aman, Adli bangun dah Subuh nie. Bangun cepat !! " terdengar suara Mak Timah mengejutkan kedua-dua anaknya yang masih dibuai mimpi. 
           "Lailahailaallah. Bangun lah. Nanti lambat pergi sekolah. Bangun cepat sebelum mak bawak batang buluh naik atas badan korang nantikan." marah Mak Timah. Perlahan-lahan Aman dan Adli turun dari katil mereka dalam keadaan yang separa sedar. Dalam keadaan itu, Aman dengan tidak sengaja telah terpijak kereta mainan Adli hingga menyebabkan dia jatuh dan terhantuk dengan Adli yang turut sekali jatuh kerana ditarik oleh Aman.
           "Aduh ! Sakitnya. Benda apa yang terhantuk kat kepala aku ni?" teriak Aman sambil menggosok-gosok kepalanya yang benjol akibat hantukan.
           "Kepala aku lah. Keras giler kepala kau. Macam batu." balas Adli. Akibat daripada hantukan itu, kedua-dua orang mereka terjaga sepenuhnya.
            "Dah jangan nk bergaduh kat sini. Ambik tuala ni pergi mandi cepat-cepat. Nanti  lambat nak ke sekolah." arah Mak Timah. Mereka pun bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            "Bangun! Terima kasih cikgu." 
            "Terima kasih cikgu"
Cikgu Dahlia berlalu keluar apabila ucapan terima kasih dan salam diucapkan oleh seisi kelas. Berakhirlah sesi persekolahan pada hari itu.Aman cepat-cepat mengemas bukunya dan masukkan ke dalam beg sekolahnya. Kawan rapat Aman, Saiful tiba-tiba menegurnya.
             "Wei Aman, jom lepak kat sungai kat hujung kampung tu. Tempat tu best. Dah la cantik pastu air sungai tu sejuk. Jomlah." ajak Saiful
             "Tengok dulu. Aku tanya mak aku dulu. Kalau boleh aku telefon, kalau tak boleh pon aku telefon." kata Aman. Saiful setuju dengan Aman. Mereka pulang ke rumah bersama-sama dengan menaiki basikal . Sampai di satu simpang mereka berpecah kerana mengikut laluan ke rumah masing-masing. Apabila sampai di rumah, Aman mendapati bahawa adiknya sudah terlebih dahulu sampai di rumah. Aman segera meletakkan basikalnya di bawah rumah dan bergegas naik ke atas rumah.
              "Assalamualaikum !" Aman memberi salam
              "Waalaikumussalam." Mak Timah menjawab salam Aman. Dia membuka pintu dan Aman terus mencium tangannya.
              "Mak masak apa hari ni?" tanya Aman sejurus merebahkan dirinya ke atas sofa.
              "Mak masak ikan keli masak sambal je. Dah pergi mandi-mandi, solat pastu baru makan. Tu kejutkan si Adli suruh dia solat dulu. Balik-balik tadi terus landing atas katil dia tu." kata Mak Timah. Aman hanya mengikut arahan ibunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
               "Mak, tadi Saiful ajak pergi sungai kat hujung kampung tu. Boleh tak Aman nak pergi?"
tanya Aman kepada ibunya.
               "Kamu nak buat apa kat sana. Panas-panas macam ni. Bahayalah." kata Mak Timah.
               "Dia ajak saja-saja je. Lepak, mandi kat sana. Bukan nak pergi sekaranglah. Nak pergi dalam pukul 3 atau 4 petang nanti. Bolehla.." Aman cuba memujuk ibunya.
                "Hmm. Yela. Jangan pergi lama-lama sangat. Kalau boleh bawak Adli tu sekali. Bosan dia duduk kat rumah sorang-sorang nanti." jawab Mak Timah
                "Terima kasih ibu. Sayang ibu!" kata Aman dan terus mengucup pipi ibunya. Aman terus menelefon Saiful dan memberitahu perkara tersebut. Dia sudah tidak sabar untuk ke sungai tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                "Assalamualaikum. Aman!" Saiful memberi salam dan memanggil nama Aman.
                "Waalaikumussalam. Jap !" balas Aman yang berada di dalam rumah.
                "Cepatlah Adli. Saiful dah tunggu tu. Tak pasal-pasal karang dia pergi macam tu je." kata Aman kepada Adli.
                "Orang dah siaplah. Jom." kata Adli dengan penuh semangat kerana tidak sabar untuk ke sungai.
                "Aman,Adli jalan elok-elok ya. Balik sebelum pukul 5:30 petang ya. Kamu juga Saiful. Risau pulak mak kamu mencari kamu nanti." kata Mak Timah.
                "Baik makcik. Inshaallah, kami tak apa-apa." balas Saiful. Aman dan Adli mencium tangan ibunya sebelum pergi. Jarak sungai itu dari rumah Aman dan Adli hanya mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja. Sampai di sana, mereka terus membuka baju dan melompat masuk ke dalam air sungai.
                "Brrr.. Sejuk gila air sungai ni. Best kot. Nasib baik kau ajak aku Saiful." kata Aman.
                "Abang aku yang cakap pasal sungai ni. Macam best. Aku ajak kau dah alang-alang rumah kau dekat je ngan sungai ni." kata Saiful.
                "Abang ! Tengok ni. Batu-batu ni semua cantik-cantik. Adli nak ambik letak dalam akuarium kat rumah la." kata Adli.
                "Ikut kau lah Adli." jawab Aman. Adli mengutip beberapa ketul batu sungai untuk diletakkan di dalam akuarium di rumahnya. Mereka terus berseronok sehingga jam hampir pukul 5 petang. Mereka mengemas barang dan mengayuh basikal semula pulang ke rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                 Malam itu, Adli terjaga apabila dia berasa seperti hendak ke tandas. Dia segera turun daripada katil dan terus menuju ke tandas. Dia lihat abangnya masih diselubungi selimut menandakan yang Aman masih nyenyak tidur. Sampai di tandas yang berdekatan dengan dapur, Adli terus menyalakan lampu dan membuang hajatnya dan membasuh apa yang patut. Apabila dia melangkah keluar, dia ternampak kelibat abangnya berada di hadapan akuarium yang diletakkan dengan batu sungai yang dikutipnya petang tadi.
                 "Abang, buat apa depan akuarium tu. Malam dah ni. Jom la pergi tidur." kata Adli. Apabila Adli mendekati 'abangnya', dia terkejut kerana itu bukanlah abangnya tetapi makhluk lain. Makhluk yang seiras abangnya itu terus menerpa Adli dan mencekiknya dan berkata
                 "Pulangkan barang aku! Pulangkan barang aku sebelum kau terima bala yang lagi teruk!"
Adli yang tidak mampu melakukan apa-apa hanya menangis dan pandangannya menjadi kelam lalu gelap gelita. Keesokkannya, Mak Timah dan Aman terkejut apabila mendapati Adli terbaring di lantai dapur yang hanya beralaskan tikar getah.
                  "Adli, Adli. Bangun. Kenapa tidur kat sini?" tanya Mak Timah.
                  "Mak! Malam tadi ada benda cekik Adli. Benda tu sama macam abang. Dia cekik Adli pastu dia suruh pulangkan sesuatu. Adli tak tahu apa yang dia cakap. Adli takut mak. Dia cakap lagi, kalau tak pulangkan, ada benda lagi teruk Adli kena nanti." kata Adli sejurus tersedar daripada pengsannya.
                  "Aku mimpi ada benda hitam kejar aku. Dia cakap sama macam kau cakap, Adli. Sebijik." kata Aman tiba-tiba.
                  "Benda apa yang korang dah ambik ni. Cuba ingat balik." kata Mak Timah kepada Aman dan Adli.
                  "Yang Aman ingat pun, semalam Adli ada ambik beberapa ketul batu sungai dan letakkan dalam akuarium tu." kata Aman sambil menunjukkan batu sungai yang diambil oleh Adli di dalam akuarium yang berdekatan dengan mereka.
                  "Ha! Batu sungai tu la yang 'dia' suruh pulangkan balik. Pandai-pandai je pergi ambil batu tu. Kan dah kena kacau. Lain kali jangan ambil barang sebarangan lagi-lagi dekat tempat-tempat yang sunyi macam sungai tu. Barang yang pelik ke cantik, jangan diambil kerana barang-barang tu ada penunggu. Dia marahla sebab ambik barang dia. Cuba kalau ada orang ambik barang Aman dan Adli, mesti marahkan. Macam tu juga mereka. Dah mandi cepat-cepat pastu pergi letak balik batu dekat sungai." kata Mak Timah.
                   "Baik ibu. Maafkan Aman ngan Adli ibu." kata Aman dan Adli serentak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                   "Cepat letak balik batu tu. Aku dah seram sejuk ni." kata Aman kepada Adli.
                  "Kejapla, Licin ni. Jatuh tak pasal-pasal nanti." balas Adli. Adli terus membaling batu-batu tersebut ke dalam sungai. Apabila mereka mahu pergi, mereka nampak seorang perempuan jelita yang berpakaian serba putih berada di seberang sungai sedang tersenyum sambil melambaikan tangan kepada mereka. Mereka membalas lambaian mereka dan meminta maaf kepada perempuan tersebut kerana percaya bahawa perempuan itu adalah pemilik batu-batu tersebut.Sejak daripada hari itu, mereka pasti akan terserempak dengan perempuan itu setiap kali mereka melepak di sungai itu. Mereka sudah serik untuk mengutip barang-barang yang pelik lagi selepas apa yang timpa mereka dahulu.

Sekian. :) #MASA15 #AL-IHFAZ